THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, July 19, 2010

Persediaan Peperiksaan Secara Psikologi



Peperiksaan !!! Exam !!! Adakah anda bersedia dari segi psikologi anda ???



Adakah anda tahu di samping pembelajaran ilmiah, teknik persediaan psikologi juga membantu kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Komponen psikologi ini meliputi :
  1. Mental

  2. Emosi

  3. Sosial

  4. Fizikal

  5. Rohani

MENTAL:

i) Buang anggapan bahawa peperiksaan itu satu 'penyakit' dan bebanan hidup.

ii) Buang segala tanggapan negatif dan amalkan pandangan positif yang jauh ke hadapan.

iii) Tanamkan azam, kamu mahu menggapai satu kehidupan yang bahagia dan menyenangkan.


EMOSI :

i) Gangguan emosi perlu dikawal untuk mencapai impian anda.

ii) Cari jalan untuk mengatasi masalah gangguan emosi anda.

iii) Jika tiada jalan penyelesaian sendiri, dapatkan bantuan orang lain seperti PRS dan kaunselor.



SOSIAL :

i) Pilih rakan sebaya yang positif yang boleh memberi dorongan untuk belajar.

ii) Tinggalkan rakan sebaya yang merosakkan kerana hal ini boleh menjejaskan prestasi akademik anda.

iii) Buat pilihan yang menguntungkan anda pada kemudian hari.


FIZIKAL :


i) Tubuh badan yang sihat perlu untuk menghadapi peperiksaan.

ii) Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi dan pemakanan yang teratur.

iii) Tubuh yang sihat memastikan kecerdasan otak.


ROHANI :

i) Lakukan dengan cara bersembahyang mengikut agama masing-masing.

ii) Pohon petunjuk dan jalan yang benar.

iii) Namun begitu, berdoa dan berusaha harus beriringan.




































Sunday, July 18, 2010

Pelbagai jenis pelajar di sekolah.

Saturday, July 17, 2010

MEMBINA MOTIVASI BELAJAR

Apakah Motivasi???
Motivasi adalah keinginan, kehendak atau matlamat seseorang untuk bertindak atau berusaha secara bersungguh-sungguh dan sepenuh hati dalam mencapai sesuatu matlamat secara sukarela dan tanpa paksaan. Setiap pelajar sudah pasti ingin memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan. Oleh itu, seseorang perlu mempunyai asas motivasi diri yang tinggi. Motivasi akan menjadikan kita berasa tidak penat, sentiasa segar, kuat dan ceria dalam proses pembelajaran. Manakala individu yang tidak bermotivasi selalunya tidak mempunyai matlamat, lambat bertindak, cepat letih bila belajar dan sering bermasalah dalam kehidupan.

Berikut ialah sedikit petua untuk membina motivasi belajar:

  1. Amalkan teknik-teknik memotivasikan diri sendiri. Untuk menjadi pelajar yang bermotivasi dan cemerlang, pelajar perlu memilih beberapa perkataan positif seperti Berkorban Demi Kejayaan. Carilah idola sekarang sebagai sebahagian sumber motivasi menuju kejayaan.
  2. Berkawan dengan rakan yang bermotivasi tinggi. Keseronokan dan kemanisan berkawan bersama rakan-rakan yang positif dan bermotivasi untuk bersama pelajar adalah lebih sejati dan keseronokan berkekalan sepanjang hayat.
  3. Meminta ibu, bapa dan guru mendoakan dan memberi motivasi untuk kita. Pelajar perlu memohon kepada ibu bapanya untuk sentiasa memberikan motivasi melalui doa, ucapan, kata-kata atau penghargaan. Berkat dan doa sejati daripada ibu bapa amat berkesan bagi memotivasikan kita.
  4. Memberi atau mendoakan motivasi kepada orang lain. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa bersikap positif, tidak lokek memberi nasihat dan memotivasikan orang lain.
  5. Membaca dan menghayati cerita-cerita motivasi dan teladan. Individu yang bermotivasi akan merenung setiap cerita, catatan dan pengalaman orang lain tentang kehidupan secara kritis untuk meningkatkan motivasi dirinya.

Friday, July 16, 2010

Motivational story about change

Thursday, July 15, 2010

Seorang Kaunselor

Masalah Stress ?

Masalah Emosi ?

Masalah .... ?

I always be with you here ^^

Sedia Dengar dengan seikhlasnya !!!




Share ur problems, confused. I'm ur intimate friend :)