THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, July 19, 2010

Persediaan Peperiksaan Secara Psikologi



Peperiksaan !!! Exam !!! Adakah anda bersedia dari segi psikologi anda ???



Adakah anda tahu di samping pembelajaran ilmiah, teknik persediaan psikologi juga membantu kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan. Komponen psikologi ini meliputi :
  1. Mental

  2. Emosi

  3. Sosial

  4. Fizikal

  5. Rohani

MENTAL:

i) Buang anggapan bahawa peperiksaan itu satu 'penyakit' dan bebanan hidup.

ii) Buang segala tanggapan negatif dan amalkan pandangan positif yang jauh ke hadapan.

iii) Tanamkan azam, kamu mahu menggapai satu kehidupan yang bahagia dan menyenangkan.


EMOSI :

i) Gangguan emosi perlu dikawal untuk mencapai impian anda.

ii) Cari jalan untuk mengatasi masalah gangguan emosi anda.

iii) Jika tiada jalan penyelesaian sendiri, dapatkan bantuan orang lain seperti PRS dan kaunselor.



SOSIAL :

i) Pilih rakan sebaya yang positif yang boleh memberi dorongan untuk belajar.

ii) Tinggalkan rakan sebaya yang merosakkan kerana hal ini boleh menjejaskan prestasi akademik anda.

iii) Buat pilihan yang menguntungkan anda pada kemudian hari.


FIZIKAL :


i) Tubuh badan yang sihat perlu untuk menghadapi peperiksaan.

ii) Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi dan pemakanan yang teratur.

iii) Tubuh yang sihat memastikan kecerdasan otak.


ROHANI :

i) Lakukan dengan cara bersembahyang mengikut agama masing-masing.

ii) Pohon petunjuk dan jalan yang benar.

iii) Namun begitu, berdoa dan berusaha harus beriringan.




































0 comments: