THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 6, 2010

Petronas Merdeka 2010 - Kereta Buruk

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA


PROGgammm MoTivaSi

Pendaftaran

Mari kita bersenam pada pagi2 ni...

Aktiviti-aktiviti:
Yeah! Saya dapat sambut belon tu...

Kerjasama ahli adalah penting... Hehe!

Saya nak bentang!!!

Berusaha untuk hasilkan yang t'baik...

Geramnya...

"Kalau saya rabun..."

"Kita g mana ni?? Tak nampak.. Gelapnya.."

Ceramah

Penutupan program diakhiri dengan penyampaian hadiah.










Saturday, September 4, 2010

Tip Menghafal


Tips Menghafal

1. Yakin
2. Berdoa sebelum menghafal.
3. Senangi dan hayati
4. Taruh sedikit emosi
5. Ulangi
6. Pelajari lebih dalam
7. Mulai tambah hafal, jadi tambah senang


Kawan
Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !

Bagaimana Untuk Hidup Dengan Lebih Gembira?





Terdapat 4 prinsip ini untuk kehidupan yang lebih menggembirakan.

Mari kita lihat, apakah 4 prinsip kegembiraan itu???

4 Prinsip Untuk Hidup Dengan Lebih Gembira:


Prinsip Pertama:
  • Selagi kita tidak menyakitkan hati seseorang, itu maknanya kita belum melakukan perkara yang betul.

Prinsip Kedua:
  • Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang pada setiap masa, dan jangan sesekali cuba untuk melakukannya. Itu adalah perkara yang mustahil.

Prinsip Ketiga:

  • Buatlah apa-apa sekali pun yang kita suka. Yang penting, kita gembira.
Prinsip Keempat:
  • Bergembiralah. Ceria selalu, senyum sokmo. ;)


'' Jangan beritahu bahawa anda telah gagal sebanyak 1000 kali, tatapi beritahu bahawa anda telah mendapati 1000 perkara-perkara yang akan menyebabkan kegagalan.''



Bacalah sesuatu yang bernilai untuk dibuat. Buatlah sesuatu yang bernilai untuk ditulis, dan tulislah sesuatu yang bernilai untuk dibaca. Semuanya bemula dengan amalan membaca.Bacalah."

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI Secara BERKESAN


1. Sahkan Kewujudan Seseorang

  • Memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita.
  • Sebagai contoh, memandang dan berhadapan dengannya.
2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan
  • Menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya atau usahanya dihargai.
3. Bahasa
  • Gunakan bahasa yang indah di dalam komunikasi setiap hari.
  • Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal.
4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita
  • Bentukkan diri menjadi modus operandi atau suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita.
  • Kita harus berakhlak baik supaya diyakini oleh orang lain.
5. Menghargai Orang Lain
  • Memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya.

Friday, September 3, 2010

Orang yang berJAYA

  • Fikir positif kepada semua peluang. Anda adalah apa yang anda fikirkan.
  • Menentukan impian dan matlamat anda. Buat satu pelan untuk mencapai matlmat anda.
  • Mengambil tindakan. Tiada maknanya matlamat tanpa sesuatu usaha. "JUST DO IT".
  • Pembelajaran berterusan. Selalu memperolehi kemahiran baru.
  • Konsisten dan bekerja keras. "DON'T GIVE UP".
  • Belajar menganalisis. Belajar daripada kesalahan.
  • Fokus kepada masa dan wang anda.
  • Berani jadi seorang yang inovatif dan lain daripada yang lain.
  • Berkomunikasi dengan orang lain secara berkesan. "NO PERSON IS AN ISLAND".
  • Jadi seorang yang jujur dan berdikari. Mengambil tanggungjawab atas apa yang anda lakukan.

Thursday, September 2, 2010

CARA MENGATASI STRESS

    1. Bincang dengan gembira dan akrab
    2. Istirehat
    3. Pilih rakan yang periang
    4. Amalkan pemakanan yang baik
    5. Pengurusan masa
    6. Sukan dan riadah
    7. Dengar bunyi yang menenangkan
    8. Zikir munajat
    9. Meluahkan perasaan
    10. "Power breathing"
    11. Sentiasa senyum

PENGURUSAN STRESS




"Memendam rasa,
Rasa yang elok mahupun yang TIDAK
semuanya pasti MELETUP."


" Yang diperam pasti masak,
Yang direbus pasti mendidih,
Yang ditanak pasti menjadi bubur."


FAKTOR MEMPENGARUHI STRESS?
Dalaman
  • Harapan dan matlamat
  • Sikap negatif pada diri
  • Kelemahan pengurusan diri
  • Kelemahan dalam komunikasi
  • Keperluan dan kemahuan - kuasa, penghargaan, kasih sayang, kesihatan dan keselamatan
Luaran
  • Persekitaran - cuaca, bising, sibuk dan amalan tempat belajar
  • Beban kerja - tugas berat dan kerja banyak
  • Hubungan dengan orang lain - guru, rakan sebaya dan keluarga