THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 26, 2010

TIPS BERHENTI MEROKOK

Langkah-langkah yang dinyatakan di bawah bagi menjayakan hasrat anda untuk berhenti merokok.

1. BERSIHKAN
  • Buangkan semua rokok.
  • Sembunyikan atau sorok bekas abuk rokok dan pemetik api.
2. BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN
  • Buat nota bahawa anda sekarang bukan seorang perokok.
  • Lekatkan nota tersebut di mana-mana sudut yang biasanya anda merokok.

3.TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA HARI YANG DILALUI

  • Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan merokok.
4. BERFIKIRLAH SECARA POSITIF
  • Bersifat yakin dan selalu beritahu diri anda "Anda boleh membuang tabiat merokok."
5. DAPATKAN SOKONGAN
  • Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan kawan sekerja bahawa anda telah berhenti merokok serta memerlukan kerjasama dan sokongan mereka.
  • Mintalah kawan-kawan yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda.
6. MELAWAN KEINGINAN MEROKOK
  • Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum).
  • Lakukan senaman.
  • Mandi dengan lebih kerap.

0 comments: