THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 26, 2010

PENGURUSAN MASA: JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN


Pengurusan Masa ----->> Anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan.
Salah satu cara pengurusan masa ialah membuat jadual waktu persendirian. Terdapat beberapa perkara yang penting untuk membuat jadual waktu persendirian anda.


1. Masukkan masa mengikut kesesuaian diri anda.

2. Masukkan mata pelajaran pada hari dan masa yang sesuai dan agihkan mengikut kepentingan mata pelajaran tersebut.

3. Antara cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:

~Ulang kaji

~ Buat nota

~ Kerja rumah

~ Menjawab soalan latihan

~ Menjawab soalan-soalan tahun lepas

Daripada jadual waktu yang anda buat, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan. Akhirnya anda dapat menjadi seorang pelajar yang mempunyai sistem dan disiplin diri.





0 comments: